Monday, November 12, 2012

Knitted Sweater

 Salam,

Tetiba rasa nak tunjuk sweater2 yang penah dikait (knit). Hihi macam riak lak. Tapi ni kan blog kraf. Suka hati i la nak letak apa kan?..hihi...Semua ni adalah baju milik anak terunaku..dikait dengan penuh kasih sayang walaupun tak berapa kemas...jom layan...

Sweater ni sleaveless. Mempunyai butang dan boleh dibuka di bahu. Dibuat berasingan depan dan belakang...lepas tu baru cantum dan ditambah ribbing kat leher, tangan dan bawah baju. Benang ni beli kat kedai kraf kat Queensbay Mall Penang...mahal wooo...rm25 sebuku kalo tak silap...so 2 buku total rm50 lah kos baju ni...tapi kualiti cotton yarn ni memang tiptop...sejuk n slesa je walaupun tebal dari Nona atau Minlon...
 Ini adalah knitted sweater yang aku rasa paling berjaya aku buat...teknik raglan, topdown seamless paten. Maksudnya start buat dari leher, turun ke ketiak dan terus ke bawah guna circular needle...kemudian baru tambah lengan guna beberapa double point needle (DPN)....aku nak cakap banyak pun tak reti sangat...kalau nak buat lagi skali pun kena study balik rasanya....huuuu rindu knitting la pulak....

Pada pendapat akula, kalau buat item yang berbentuk pakaian ni, knitting lebih sesuai dan lebih cantik hasilnya...
 Ohhhh i love the ribbing....simple je...2 knit, 2 purl...tp hasilnya gojes...

Kat sinilah yang dinamakan teknik raglan(leher ke ketiak)....seamless....tang sinila berlakunya increase stitch yang melebarkan sesuatu projek...

Ni pulak baju percubaan knitting...sangat tak puas hati...baju ni dibuat asing2 bahagian belakang, depan kiri, depan kanan dan 2 tangannya...macam kain yang digunting dan dicantum la gayanya...yang hampehnya baju ni aku buat 2 lapis benang...masa tu jahil..takut sehelai benang nipis sangat...skali tebal macam guni ko!

Tengok part leher tu..geli tak? bersimpul semacam je...taktaula sebab apa...tension benang semasa mengait kah? entahla...hihi sampai skarang taktau penyelesaiannya...aku memang fail bab edging knitting ni...asik nak bersimpul jek...kalau buat ribbing baru tak jadi camtu...part mencantum bahagian2 tu pun satu...macam tak best jek...banyak lagi yang aku kena blaja.....

Emmm sekian ceramahku berkenaan pengalaman meng'knitting' sweater....wassalam..

Contact Ruby at 012-5986140 or email at rubyfav@gmail.com to purchase.

No comments:

Post a Comment

Your Question...?